But
those who committed misdeeds and then repented after them and
believed - indeed your Lord, thereafter, is Forgiving and
Merciful.
insyaallah, setiap hasil karya yang di baca meninggalkan sebuah fatamorgana dan fenomena, maka janganlah kamu terima kecuali hasil karya yang kamu tahu pemikirannya, benar ungkapannya, tajam penanya dan istiqamah dalam pendiriannya; nutrition for home, for health, for life; maximise your emotional spiritual quotient, maximise your potential; catatan ilmu agama (Islam), kemanusiaan, kegemaran dan perniagaan (adenium/kemboja)

Thursday, 27 December 2012
Sehari Sepotong Ayat
Hadis 6
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya perkara yang
halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa
yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan
agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara
syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang
pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi
dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada
sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang
diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul
daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia
rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”
On the authority of Al-Numan bin Basheer, who said :
I heared the
messenger of Allah say: “That which is lawful is plain and that which is
unlawful is plain and between the two of them are doubtful matters
about which not many people know. Thus he who avoids doubtful matters
clears himself in regard to his religion and his honor, but he who falls
into doubtful matters falls into that which is unlawful, like the
shepherd who pastures around a sanctuary, all but grazing therein. Truly
every king has a sanctuary, and truly Allah’s sanctuary is His
prohibitions. Truly in the body there is a morsel of flesh which, if it
be whole, all the body is whole and which, if it be diseased, all of it
is diseased. Truly it is the heart.”
Kefahaman Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik: manakala yang haram seperti meminum arak, berjudi, berzina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya: yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan Syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa – redha Allah: syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita – mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
tinggalkan syubhat – sifat wara’ – sempurna iman.
4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis – aqal terletak dihati)
hati berpenyakit – jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.
Pengajaran Hadis:
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga
kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal
haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah
diri dan keheningan agama.
Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang
melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah
melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan
kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan
memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)