insyaallah, setiap hasil karya yang di baca meninggalkan sebuah fatamorgana dan fenomena, maka janganlah kamu terima kecuali hasil karya yang kamu tahu pemikirannya, benar ungkapannya, tajam penanya dan istiqamah dalam pendiriannya; nutrition for home, for health, for life; maximise your emotional spiritual quotient, maximise your potential; catatan ilmu agama (Islam), kemanusiaan, kegemaran dan perniagaan (adenium/kemboja)

Saturday, 1 September 2012
Wednesday, 29 August 2012
Bila Waktu Telah Terhenti
1. Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD
2. Aku adalah tempat yang paling smpit, maka luaskan aku dengan ber SILATURAHIM
3. Aku adalah tempat yang paling sepi, maka HIBURkanlah aku dengan pembanyak baca AL-QURAN
4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan,maka racunilah ia dengan AMAL SEDEKAH
5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bila mana tidak tidak solat,maka bebaskanlah aku dari sempitan itu dengan SOLAT
6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat sakit,bebaskan rendaman itu dengan berPUASA
7. Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka persiapkanlah
jawapanmu dengan perbanyak mengucap Kalimah ''ليلىهايلا الله''
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan di sempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang di jauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya.Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.''
(Surah Ali Imran 3:185)

Tuesday, 28 August 2012
Doa Mohon Selamat dari Gangguan
”أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ“
”أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنْ السَّمَاءِ وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ“

Terjemahan
“Aku
mohon berlinding dengan Allah dari syaitan yang direjam. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui”“Aku berlindung dengan wajah
Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimat-Nya yang sempurna yang tidak
diatasi oleh orang yang baik dan orang yang berdosa, dari segala perkara
yang turun dari langit dan perkara yang naik padanya, dan dari
seburuk-buruk perkara yang membiak di bumi dan seburuk-buruk perkara
yang keluar daripadanya, dan dari fitnah malam dan siang, dan daripada
pendatang-pendatang yang mengejutkan pada waktu malam dan siang, kecuali
pendatang yang membawa masuk kebajikan. Ya Allah yang Maha Rahman,
perkenankan doaku”
Renungan
Berkata Imam Syafie: Kami mendahului ilmu tauhid dahulu sebelum ilmu
fekah. Berkata Imam Abu Hanifah: Ketahuilah sesungguhnya mendalami ilmu
tauhid lebih afdhal dari mendalami ilmu hukum-hakam. Berkata Imam Abu
Hasan Al-Ash’ary: perkara pertama wajib dipelajari oleh seorang hamba
itu adalah ilmu mengenal Allah.
Sesiapa yang hanya bertasawuf tanpa feqah, maka zindik lah akan dia. Sesiapa yang hanya berfeqah tanpa tasawuf, maka fasiq lah akan dia. Sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya, maka sesungguhnya tahkik lah akan dia - Imam Malik ra (Kitab Ain al-Ilmu Wa Zain al-Hilm)
Permulaan tasauf ialah ilmu, pertengahan tasauf ialah amal dan penghujung tasauf ialah kurnia. Berpegang kepada hati yang amanah, perbuatan yang siddiq, lisan yang tabligh dan akal yang fatanah. Hakikat tidak akan muncul sewajarnya jika syariat dan tareqat belum betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena tidak betul keadaannya

Doa Penawar
اللَّهُمَّ اِنَّكَ قَدْ أَقْدَرْتَ بَعْضَ خَلْْقِكَ عَلَى السِّحْرِ وَالشَّرِّ، وَلَكِنَّكَ احْتَفَظْتَ لِذَاتِكَ بِاِذْنِ الضُّرِّ، فَأَعُوذُ بِمَا احْتَفَظْتَ بهِ مِمَّا أَقْدَرْتَ عَلَيهِ بِحَقِّ قَوْلِكَ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ
Terjemahan:
Wahai
Tuhanku, sesungguhnya Engkau mendayakan sebahagian makhluk-Mu melakukan
sihir dan berbuat jahat, tetapi Engkau memelihara keizinan bagi zat-Mu
untuk mendatangkan bahaya. Oleh itu aku berlindung dengan perkara yang
Engkau pelihara dengannya dari perkara yang Engkau berkuasa ke atasnya
dengan kebenaran firman-Mu “ .. sedangkan mereka itu tidak berkuasa
memberi mudarat dengan ilmu sihirnya terhadap seorang pun, kecuali
dengan izin Allah”.
Subscribe to:
Posts (Atom)