Friday 11 June 2010

cita-cita

Kalau tanpa cita-cita maka manusia tidak akan pernah bekerja. Maka itulah termasuk nikmat Allah s.w.t. yang tidak dapat dilihat.

kenapa kita benci kebenaran?

Kita ini seperti kanak-kanak kecil, kita benci kebenaran lainnya kita merasa pahitnya ubat, dan kita tidak memikirkan betapa nikmatnya kesembuhan. Kita menyenangi kebatilan kerana kita hanya merasa enak luarnya sahaja tanpa menghiraukan racunnya.

janganlah kamu tertipu ......!

Janganlah kamu sampai tertipu oleh air mata orang yang zuhud, mungkin air mata tersebut keluar kerana kenikmatan dunia terlepas dari gengamannya. Janganlah kamu tertipu oleh senyuman orang zalim, mugkin dia akan mengalungkan jerat di lehermu. Janganlah kamu tertipu oleh huluran tangan orang yang tidak menepati janji, mungkin itu semua ia boleh berleluasa menerkammu di saat engkau tidur.

Thursday 10 June 2010

bila hakikat terungkap?

dalam suatu tempat yang sempit akan tersingkap perangai yang buruk. dalam fithnah akan terungkap keaslian pendapat. dalam suatu hikmah akan terbuka penyokong akhlak. dalam kegemilangan harta akan terbuka untaian warak. dalam kewibawaan yang tinggi akan terlihat kemuliaan asal. dalam kekerasan akan terasa persaudaraan 

apa itu fiqh?

fiqh itu ialah memahami tentang syariat Allah s.w.t; peribadi Rasulullah s.a.w dan perjalanan hidup serta perilaku para sahabatnya

akhlak orang-orang mulia

orang-orang yang mulia itu berinteraksi dengan saling mempercayai, berhubung dengan prasangka baik, saling menyangi dengan menghilangkan prangsangka buruk

Wednesday 9 June 2010

kecerdikan dan keberanian

kecerdikan itu adalah meninggalkan larangan Allah s.w.t; keselamatan itu adalah bergegas menjawab panggilan Allah s.w.t. keberanian itu adalah cepat-cepat menolong agama Allah s.w.t; keperbadian yang baik itu adalah menjaga orang-orang di sekitarmu dari meminta-minta. kedermawanan itu adalah jika kamu tidak menolak perintah Allah s.w.t dan larangan-Nya

Tuesday 8 June 2010

dalam latihan dan kesesatan

dalam mengharungi kehidupan ini, aku menghilangkan diriku, kemudian aku temukan diriku dipangkuan Allah s.w.t; dalam saat menyusuri jalan ini, aku sempat kehilangan tujuanku, namun aku kemudian mendapatkannya dalam Al-Quran. dalam hiruk pikuknya kehidupan sekarang ini, aku sempat tersesat dan tidak tahu harus menaiki "kenderaan" apa. namaun aku menemuinya kembali dengan mencontohi diri Rasulullah s.a.w

agar kamu disenangi oleh manusia

jika kamu ingin disenangi manusia, lapangkan jalan untuk mereka. jika kamu ingin manusia menghargai kamu maka bukakanlah hatimu untuk mereka. jika kamu ingin mendapat penghargaan dari manusia maka bukalah akalmu untuk mereka. jika kamu ingin selamat dari manusia maka mengalahlah dari beberapa hak-hakmu.

Monday 7 June 2010

jangan tergesa-gesa

janganlah engkau tergesa-gesa akan sesuatu perkara yang belum saatnya. sesungguhnya perkara tersebut apabila bukan merupakan bahagianmu maka ia akan memenatkanmu dan menyingkapkan semua keinginanmu. akan tetapi jika perkara tersebut memang merupakan bahagianmu maka ia akan mendatangimu dengan segala kemuliaan dan engkau merasa senang akan perkara tersebut.

nilai manusia

nilai seseorang manusia itu bergantung kepada tujuan hidupnya, tingkatan darjatnya gantung kepada teman-temannya, aromanya terletak pada pilihannya, kekayaannya terdapat pada apa yang ada dalam hatinya, kekuatanya terdapat pada apa yang dapat menghentam nafsunya dan kemenangannya bergantung pada apa yang telah mengalahkan keburukan, sedang kuantititnya terletal pada siapa saja yang setia bersamanya dalam keadaan yang susah.

Sunday 6 June 2010

munajat

ya Allah, kami bersumpah demi kemuliaan-Mu, kami melanggar larangan-Mu bukan kerana kami merendahkan maqam-Mu yang Maha Tinggi; atau kerana kebongkakan  kami untuk menghalalkan apa yang selama ini Engkau larang. akan tetapi itu semua kerana hawa nafsu kami yang mengalahkan nurani kami dan harapan kami yang besar akan keampunan-Mu yang tiada batas.
jika maksiat itu terus mengejar kami, nescaya kami akan bernaung di bawak keagungan-Mu. jika dosa-dosa itu semakin menguatkan cengkamannya atas kami, maka kami akan membebaskannya, dengan berbekal kebenaran janji-Mu dalam Al-QuranMu. jika kemudian syaitan itu memujuk kami dengan kegemaran dan kesenangan untuk melanggar larangan-Mu, maka semoga iman kami akan mengiming hati kami dengan luasnya keampunan-Mu yang sentiasa Engkau berikan kepada mereka yang telah bertaubat.
jika terkadang syaitan mampu menang atas diri kami beberapa saat, maka kami yakin akan menang atas mereka selama-selamanya dengan berkat pertolongan-Mu. kami yakin bahawa jika apa yang ditawarkan oleh syaitan itu adalah kebohongan, dan apa jika kita berharap kepada Allah s.w.t; maka janji Allah s.w.t. akan selalu ditepati.