Harta paling baik yang kamu tinggalkan untuk anak-anakmu adalah dengan memperbaiki pendidikan dan pengajaran mereka. Bekas yang paling kekal darimu yang kamu boleh manfaatkan setelah matimu adalah ilmu dan pengabadianmu terhadap manusia.
insyaallah, setiap hasil karya yang di baca meninggalkan sebuah fatamorgana dan fenomena, maka janganlah kamu terima kecuali hasil karya yang kamu tahu pemikirannya, benar ungkapannya, tajam penanya dan istiqamah dalam pendiriannya; nutrition for home, for health, for life; maximise your emotional spiritual quotient, maximise your potential; catatan ilmu agama (Islam), kemanusiaan, kegemaran dan perniagaan (adenium/kemboja)

Saturday, 19 June 2010
ilmu dan harta
Barangsiapa yang sedikit hartanya banyak keinginannya, barangsiapa yang banyak ilmunya sedikit keinginannya. Lebih baik bagimu menyedikitkan keinginanmu dengan ilmu yang banyak daripada menyedikitkan keinginanmu dengan hartamu yang banyak. Maka sedikit sekali seorang kaya itu selamat dari bahaya, dan sedikit sekali seorang yang berilmu itu terperangkap di dalamnya.
Sangat sedikit sekali orang yang mempunyai ilmu yang luas sekaligus mempunyai harta yang banyak serta selamat dari mara bahaya dan mempunyai amal kebaikannya yang luas. Akan tetapi aku telah membaca bahawa orang-orang semacam itu akan terukir dalam sejarah.
Sangat sedikit sekali orang yang mempunyai ilmu yang luas sekaligus mempunyai harta yang banyak serta selamat dari mara bahaya dan mempunyai amal kebaikannya yang luas. Akan tetapi aku telah membaca bahawa orang-orang semacam itu akan terukir dalam sejarah.
Friday, 18 June 2010
berlebihan
Berlebihan dalam bersikap tegas merupakan satu kezaliman. Berlebihan dalam kelembutan merupakan satu kelemahan. Kenikmatan yang berlebihan merupakan satu memaksiatan. Tertawa yang berlebihan menyebabkan keangkuhan. Berlebihan dalam bergurau merupakn satu kebodohan. Berlebihan dalam bergaul dengan yang bukan muhrim merupakan penyimpangan. Berlebihan dalam memusuhi wanita merupakan satu kekejian. Berlebihan dalam makanan merupakan kerakusan. Berlebihan dalam tidur menyebabkan kebodohan. Kemulian yang berlebihan merupakan tindakan pembaziran. Terlalu berhemah bererti kedekut. Terlalu berhati-hati merupakan gangguan. Terlalu tenang menyebab kelalain. Terlalu kerja keras menyebabkab kekeringan. Terlalu banyak rehat merupakan kemalasan. Terlalu menjaga kesihatan juga merupakan penyakit. Terlalu meringankan kesihatan akan menyebabkan kesakitan. Terlalu mencari aib seseorang merupakan sikap permusuhan. Terlalu bertolak-ansur menyebab kehilangan. Terlalu cemburu merupakan kegilaan. Terlalu sangsi merupakan satu kejahatan.
keutamaan penyakit
Dengan penyakit akan terasa nikmatnya kesihatan dan dengan kesihatan akan dilupakan bencana sakit
kesihatan dan usia tua
barang siapa yang memerhatikan kesihatannya pada masa mudanya maka dia tidak akan mendapatkan masa tua walaupun telah hidup 100 tahun
kesihatan dan kewajipan
Kesibukanmu dalam merawat kesihatan jangan sampai mengurangi waktumu dalam melaksanakan tugas utamamu, iaitu menyampaikan risalah Allah s.w.t. Dengan mengurangi waktu untuk merawat kesihatanmu, akan menambah waktmu dalam menyampaikan risalah Allah s.w.t.
renungan
tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
jika diri tak seindak SULAIMAN;
mengapa mengaharp teman setampan YUSUF,
jika kasih tak setulus ZULAIKHA;
tak perlu diri menjadi IBRAHIM,
jika tak sekuat SARAH;
mengapa didamba teman hidup seistimewa KHATIJAH,
jika diri tak sesempurna RASULLULLAH S.A.W
Tuesday, 15 June 2010
jangan menyesal atas budi pekerti yang baik
Janganlah kamu menyesal atas budi pekerti yang baik walaupun manusia berbuat buruk terhadapmu. Lebih baik bagi kamu berbuat baik kemudian mereka berbuat buruk daripada kamu berbuat buruk kemudian mereka berbuat buruk.
budi pekerti baik dirumah
Ramai manusia yang di dalam rumah termasuk orang yang keras, sedangkan ketika mereka di luar rumah termasuk orang yang paling lembut dan ramah.
Monday, 14 June 2010
jangan berbicara tentang dirimu
Semakin sering engkau membicarakan dirimu sendiri merupakan bukti bahawa kamu tidak percaya diri sendiri.
janganlah kamu melihat dirimu
Janganlah kamu termasuk orang-orang yang hanya melihat dirinya sendiri. Kerana manusia akan membenci dan sudara-saudaramu akan merasa berat terhadapmu.
balasan atas kebaikan
Balasan yang sempurna dari perbuatan baik itu tidak ada kecuali dari Allah s.w.t.
siapakah yang tiada aibnya?
Jika kamu tidak mempercayai kecuali kepada manusia yang tidak mempunyai aib, nescaya kamu tida akan pernah percaya kepada dirimu sendiri.
Sunday, 13 June 2010
prasangka baik
lebih baik kamu berprasangka baik kemudian menyesal daripada berprangsangka buruk kemudian menyesal
Jadilah kamu lebih baik darinya
Janganlah kamu berinteraksi kepada suadaramu seperti yang dia lakukan itu kepadamu tetapi kamu harus lebih baik dari itu.
puncak rasa sakit
menurutku, diriku ini cenderung menjadi lebih beristiqomah dengan penyakit yang kuderita, tetapi siapa yang kuat menahannya?
kebahagian
Cita-cita itu kenderaan kamu menuju kebahagiaan jika kamu sampai kepadanya. namun jika belum mencapainya, maka mulalah dengan cita-cita baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)