aku adalah aku

dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Allah maha kaya dengan sifat kasih sayang. Tiada siapa dapat menandingi kasih sayangNya kepada hamba dan makhluk ciptaanNya. Dengan RahmatNya kita mengharap keampunan. Dengan kasihNya, kita mengharap keredhaan; Dengan sayangNya kita memohon ehsanNya

ramadhan 1430H
"Wahai orang-orang yang beriman. Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orangt-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Al-Baqarah /183)Puasa Ramadan sudah menjadi kelaziman setiap bagi umat Islam. Bagi kanak-kanak yang pertama kali belajar berpuasa, bulan Ramadan memberi makna yang berbeza. Begitu juga untuk remaja yang telah akil baligh di wajibkan berpuasa sepenuhnya selama sebulah. Perasaan ingin tahu anak-anak menimbulkan pelbagai persoalan mengenai puasa. Tertanya oleh mereka, mengapa perlu berpuasa? Mengapa perlu berpuasa sebulan penuh? Mengapa puasa wajib di bulan Ramadan? Mengapa berpuasa di siang hari. Sebagai ibubapa kita perlu memberi penjelasan yang mampu memotivasi mereka untuk berpuasa untuk keberkatan dunia dan akhirat : SELAMAT BERPUASA

salam
sudah lama aku tidak mentintakan pemikiranku dalam ruangan yang terhad ini, kerna kesihatanku agak tidak menentu keadaannya, alhamdullilah dengan dugaan yang mendatang dengan izinNya serta keredaan yang aku terima sepenuh keikhlasan membantu aku untuk menyedarkan siapakah kita ini tanpa keizinanNya, ya Allah alhamdullillah keatas segala rahmat dan nikmat ketenangan kehidupan yang engkau telah kurniakan padaku, keluargaku, jiran-jiranku serta sekalian muslimin dan muslimat yang telah engkau ketahui dan tetapkan keatas orang-orang yang beriman, amin-amin-amin ya rabbalalamin. insyaAllah akanku teruskan perjuangan ini, agar kita ditetapkan dijalan yang beriman serta dirahmati oleh-Mu ya Allah.