Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua
orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn
al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn
al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka
berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari
meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab
Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim
meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab : ( hadis nombor 1908).
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.
Pokok perbincangan hadis :
1) Sebab keluar Hadis ini : kisah Hijrah Ummu Qais
2) Kenapa niat penting :
- untuk bezakan ibadat dengan adat.
- untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
- untuk bezakan ibadat dengan adat.
- untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.
3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid'ah mungkarah
: tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali
berdalil) - fuqaha' Syafie : sunnat haram sekiranya dengan jahr niat
boleh mengganggu orang lain (solat).
4) Kesan niat baik pada perkara yang harus
: dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala
baginya makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak
anak/isteri), jima'@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak).
5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah
: Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah.
Contohnya: berdiri di bawah panas matahari..(hadis nazar seorang
lelaki). Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah. Mengambil ia
sebagai tasyri' ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/
menepati syariat. Menganggap ianya sebagai juz'ie - tak boleh
berpanjangan sehingga membinasakan diri.
Antara pengajaran hadis:
Niat adalah teras segala amalan. Amalan
baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang
baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa
apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga
amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya',
menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak
memberikan apa-apa faedah.
Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu
amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar
menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat
pelakunya.
Hijrah adalah suatu peristiwa besar
dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang
berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar,
sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa
yang diniatkannya.
Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun
hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga
dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.