Wednesday 12 September 2012

Mana Lebih Senang, Minta Maaf Atau Memaafkan?

Setiap dari kita pasti pernah melakukan kesilapan, kesalahan jua pelbagai kekhilafan dalam menjalani kehidupan kerana kita bukannya maksum.Oleh kerana ketidak sempurnaan inilah kita perlu meminta maaf atau memaafkan jika orang lain yang bersalah terhadap kita.

Kita sering berada di dalam keadaan perlu meminta maaf dan kadang-kadang pula kita merasa seseorang bersalah kepada kita, maka kita di posisi “memaafkan”. Cuba kira berapa sering kita di dalam posisi memaafkan? Dalam sehari, seminggu atau sebulan? Pasti sangat banyak dan itu menandakan ketidaksempurnaan manusia sebagai makhluk yang diciptakan bukan menciptakan.


Orang yang berada di posisi bersalah sering kali sangat sukar untuk “meminta maaf” , begitu juga orang yang di pohon kemaafan darinya juga susah untuk memberi kata maaf.

Meminta maaf bererti merendahkan diri kepada orang lain, kerana kita memerlukan sesuatu dari dirinya, dan itu jelas sangat sukar dilakukan oleh manusia tentunya kerana bersifat “ego” kerana “ego” itulah manusia sukar untuk turun ke bawah dan meminta sesuatu kepada orang lain, terutama meminta maaf kepada orang lain. Walhal meminta maaf lebih mudah dari makan, cara meminta maaf hanya dengan satu perkataan “sorry” atau dengan dua patah perkataan – “Minta Maaf” tapi kita susah menyebut perkataan itu kerana ego yang bersarang di hati.. dan sangat sukar untuk mengalahkan ego. Kerana itulah ada pepatah yang menyebut ~musuh terbesar dalam hidupmu adalah dirimu sendiri...

Kemudian pula bagaimana jika kita memaafkan orang? Mengapa ini juga sukar? Memaafkan orang lain ,hanya memerlukan sedikit tenaga dan usaha untuk mengatakan “ok” , "takpe, saya maafkan" atau yang sewaktu dengannya.. kita sangat sukar melakukannya, kalau difikir-fikir lagi lebih jauh, manusia itu hebat, memiliki macam-macam kemampuan dan memiliki banyak keunikan, tapi untuk berkata 'saya maafkan awak' sahaja menjadi amat sukar sekali.

Oleh kerana “musuh terbesar dalam hidup adalah dirimu sendiri” itulah penyebab utama dari semua kesalahan didalam diri manusia. Kesimpulannya kebanyakan dari kita memang susah untuk meminta maaf dan juga untuk memaafkan..

Tuesday 11 September 2012