panduan dari dapur opah

sayuran

sayur merupakan bahagian tumbuhan yang di makan mentah atau dimasak. sayur adalah berbeza antara sayu sama lain bergantung kepada bahagian mana pada tumbuhan ianya berasal.

akar - lobak / ubi berubi - kentang / keladi bebawang - bawang besar / putih/ merah bunga - bunga kobis / bunga kantan pucuk - rebung / pucuk paku daun - bayam / sawi bijian - kacang batang - saderi / asparagus sayuran mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat yang tinggi. terdapat vitamin A yang banyak dari sayuran berdaun hijau dan sayuran berwarna kuning. contoh sayuran yang bervitamin A adalah bayam, kailan, lobak dan keledek. vitamin C juga terdapat dari tomato, bayam dan sawi. vitamin B pula banyak diperolehi dari sayuran kekacang. sayuran yang berdaun hijau kaya dengan kalsium dan zat besi.