Sunday 6 June 2010

munajat

ya Allah, kami bersumpah demi kemuliaan-Mu, kami melanggar larangan-Mu bukan kerana kami merendahkan maqam-Mu yang Maha Tinggi; atau kerana kebongkakan  kami untuk menghalalkan apa yang selama ini Engkau larang. akan tetapi itu semua kerana hawa nafsu kami yang mengalahkan nurani kami dan harapan kami yang besar akan keampunan-Mu yang tiada batas.
jika maksiat itu terus mengejar kami, nescaya kami akan bernaung di bawak keagungan-Mu. jika dosa-dosa itu semakin menguatkan cengkamannya atas kami, maka kami akan membebaskannya, dengan berbekal kebenaran janji-Mu dalam Al-QuranMu. jika kemudian syaitan itu memujuk kami dengan kegemaran dan kesenangan untuk melanggar larangan-Mu, maka semoga iman kami akan mengiming hati kami dengan luasnya keampunan-Mu yang sentiasa Engkau berikan kepada mereka yang telah bertaubat.
jika terkadang syaitan mampu menang atas diri kami beberapa saat, maka kami yakin akan menang atas mereka selama-selamanya dengan berkat pertolongan-Mu. kami yakin bahawa jika apa yang ditawarkan oleh syaitan itu adalah kebohongan, dan apa jika kita berharap kepada Allah s.w.t; maka janji Allah s.w.t. akan selalu ditepati. 

No comments:

Post a Comment