Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku 
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesungguhnya perkara yang 
halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang 
jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat 
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa 
yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan 
agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara
 syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang 
pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi 
dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada
 sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang 
diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul 
daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia 
rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.”
On the authority of Al-Numan bin Basheer, who said : 
I heared the 
messenger of Allah say: “That which is lawful is plain and that which is
 unlawful is plain and between the two of them are doubtful matters 
about which not many people know. Thus he who avoids doubtful matters 
clears himself in regard to his religion and his honor, but he who falls
 into doubtful matters falls into that which is unlawful, like the 
shepherd who pastures around a sanctuary, all but grazing therein. Truly
 every king has a sanctuary, and truly Allah’s sanctuary is His 
prohibitions. Truly in the body there is a morsel of flesh which, if it 
be whole, all the body is whole and which, if it be diseased, all of it 
is diseased. Truly it is the heart.”
Kefahaman Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik: manakala yang haram seperti meminum arak, berjudi, berzina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya: yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan Syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa – redha Allah: syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita – mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
tinggalkan syubhat – sifat wara’ – sempurna iman.
4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis – aqal terletak dihati)
hati berpenyakit – jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.
Pengajaran Hadis:
Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga 
kemuliaan agamanya. Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal 
haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi, demi menjaga maruah 
diri dan keheningan agama.
Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang 
melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram, maka dia telah 
melewati sempadan kemurkaan Allah. Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan
 kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan 
memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.
No comments:
Post a Comment