Friday 9 March 2012

Munajat

Wahai Tuhanku! kami bersumpah demi kemuliaanMu, andai kami melanggar laranganMu bukan kerana kami merendahkan maqamMu yang maha tinggi. Atau kerana kebongkakan kami untuk untuk menghalalkan apa yang selama ini Engkau larang. Akan tetapi itu semua kerana hawa nafsu kami yang mengalahkan nurani kami dan harapan kami yang besar akan keampunanMu yang tiada batas.

Jika maksiat itu terus mengejar kami, nescaya kami bernaung dibawah keagunganMu. Jika dosa-dosa semakin kuat mencekamnya atas kami, maka kami akan membebaskannya, dengan bekal kebenaran janjiMu dalam Al-Quranmu. Jika kemudian syatian itu memujuk kami dengan kegemaran dan kesenangan untuk melanggar larangganMu, semoga iman kami akan memikat hati kami dengan luasnya keampunanMu yang sentiasa Engkau berikan kepada mereka yang bertaubat.

Jika terkadang syaitan mampu menang atas diri kami beberapa saat. maka kami yakin akan mampu menang atas mereka selama-lamanya dengan berkat pertolonganMu. Kami yakin  bahawa jika apa yang ditawarkan oleh syaitan itu adalah kebohongan, dan apa jika kita berharap kepada Allah s.w.t. maka janji Allah s.w.t. akan selalu ditepati.
(rumusan dari taskirah Jumaat hari ini)

No comments:

Post a Comment