Thursday 24 June 2010

membalas kebajikan

Janganlah kamu terlalu kedekut terhadap hak temanmu dengan alasan kecintaan mereka, sesungguhnya hidup ini adalah saling timbal balik. Dan janganlah kamu kedekut terhadap hak Allah s.w.t dengan alasan rahmat-Nya, kerana menunggu kebaikan disertai keburukan adalah tabiat orang-orang bermain catur. Janganlah kamu berharap teman-temanmu membalas kebaikan dengan kebaikan, kerana sifat kedekut adalah sebahagian dari tabiat manusia. Tetapi tunggulah dari Allah s.w.t. agar membalas suatu kebaikan dengan kebaikan dari-Nya. Tidak ada balasan kebaikan kecuali dengan kebaikan (pula).

No comments:

Post a Comment