Tuesday 1 June 2010

hakikat

tidak akan takut mati kecuali orang yang buruk perbuatannya dan panjang angan-angannya. tidak akan takut miskin kecuali orang yang buruk sangkaannya kepada Allah s.w.t. dan lari dari usaha. tidak menjauhi kejujuran kecuali orang yang buruk niatnya dan buruk jalannya dalam hidup ini. tidak akan mengeluh kerana buruk nasibnya kecuali orang yang bodoh. tidak kecewa dengan sikap manusia yang tidak menghormatinya kecuali dengan angan-angannya ingin dipuji orang. tidak zuhud dalam pujian manusia kecuali yang pandangannya hanya Allah s.w.t. semata-mata dan harapannya dalam keredhaan-Nya jua. manusia tidak akan sampai pada darjat ini kecuali dengan taufiq dan insan dari Allah s.w.t

No comments:

Post a Comment