Tuesday 18 May 2010

sumbangan/derma untuk pembinaan masjid

Assalamualaikum w.r.t
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Saya mewakili jawatankuasa pembinaan Masjid Taman Pinggiran Putra ingin memohon dari tuan/puan seikhlas sumbangan/derma untuk pembinaan Masjid Taman Pinggiran Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. Sumbangan ikhlas dari tuan/puan bolehlah disalurkan kedalam akaun Maybank Islamic (no akaun: 5621 4271 4314) atas nama "Tabung J/K Masjid Taman Pinggiran Putra" Kelulusan memohon derma MAIS/E/MAL/03-2/023-1/04(2). Memohon agar tuan/puan dapat panjangkan permohonan sumbangan ini kepada para kenalan tuan/puan, saya mewakili ahli jemaah Bandar Putra Permai mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan tuan/puan diiringi dengan doa agar tuan/puan sentiasa dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah
Firman Allah s.w.t: surah Al Imran : 92
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu mendermakan sebahagian dariapa yang kamu sayangi dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan, sesungguhnya Allah mengetahuinya"

"Apabila matinya anak adam maka terputuslah amalannya melaikan tiga pekara: Amalan sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat, anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya"
(Hadis riwayat Muslim)
Sekiranya tuan/puan ada sebarang persoalan mengenai sumbangan/derma untuk pembinaan Masjid Taman Pinggiran Putra, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan bolehlah tuan/puan e-mailkan kepada saya ataupun SMS kepada:-
Pengerusi : Haji Amat Ramsa Yaman - 019 2181 297
Setiausaha: En Hashim Hj Ibrahim - 012 2464 458
Bendahari: Haji Sarmin Hj Taib - 012 2383 754
Terima kasih, Wassalam w.r.t.

No comments:

Post a Comment