Monday, 30 July 2012

Derita Pernafasan

SEKATAN pulmonari kronik (COPD) mungkin satu nama asing pada masyarakat di negara ini, tetapi ia sejenis penyakit memudaratkan yang menyebabkan penghidapnya menderita dan ia seolah-olah satu beban besar di rantau Asia.

Ia adalah penyakit paru-paru tegar iaitu pernafasan tersekat akibat kerosakan dan radang di bahagian organ penting itu dan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, COPD adalah masalah kesihatan utama dengan kira-kira 65 juta penghidap di seluruh dunia.

Ia kini menjadi punca kematian kelima paling utama di dunia ketika ini dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan penyakit itu akan meningkat ke kedudukan ketiga menjelang 2030.

Hasil tinjau selidik EPIC Asia oleh syarikat farmaseutikal Takeda bertajuk ‘Epidemiologi dan Kesan COPD di Asia’, mendapati penyakit itu menjejaskan kualiti kehidupan dan memberi kesan negatif kepada produktiviti kerja.

Namun begitu, ia masih kurang mendapat pendedahan dan hampir separuh daripada mereka yang mengalami gejala COPD di negara yang ditinjau masih belum disahkan penyakit mereka.

COPD menimbulkan beban yang berat apabila tiga daripada 10 responden tidak dapat bekerja manakala enam daripada 10 responden yang bekerja melaporkan pernah tidak hadir kerja.

Kaji selidik itu membabitkan 112,000 isi rumah dan dijalankan di China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Ia juga membabitkan 1,800 responden yang mengalami COPD di seluruh Asia termasuk 200 pesakit dari Malaysia yang berkongsi maklumat mengenai beban ditanggung, persepsi dan kefahaman mereka mengenai penyakit progresif yang boleh membawa maut itu.

Menurutnya, penularan COPD di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun di negara ini dianggarkan meliputi lima peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

Didapati satu daripada lima penghidap COPD mengalami batuk serius dan menghasilkan kahak dengan penyakit kerap menjadi bertambah teruk dan keadaan mereka dikelaskan sebagai teruk atau sangat teruk.

Pengarah Institut Perubatan Pernafasan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, bergantung kepada tahap penyakit, COPD boleh menyebabkan pesakit sukar melakukan aktiviti harian seperti kerja rumah ataupun mandi, sekali gus menghalang keupayaan seseorang untuk bekerja.

Beliau berkata, serangan paru-paru dikaitkan dengan radang saluran pernafasan dan sistemik serta perubahan fisiologi dalam paru-paru.

“Ini termasuk sesak nafas, batuk kronik pengeluaran lendir serta kelesuan yang menjadi punca utama mereka dimasukkan ke hospital dan boleh menyebabkan penyakit itu menjadi bertambah kronik.

“Penyakit ini bersifat jangka panjang kerana ia akan mula timbul kepada perokok tegar yang sudah mengamalkan tabiat selama 20 hingga 30 tahun dulu dan kini kesannya baru nampak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau berkata, pada masa dulu orang tidak tahu lagi mengenai COPD, maka dia tidak kisah menghisap rokok, tetapi baru sekarang nampak kesan jangka panjangnya.

Katanya, COPD adalah penyakit yang perlahan-lahan meninggalkan kesan teruk pada paru-paru. Paru-paru yang sihat mempunyai rongga bersih untuk udara keluar masuk, tetapi lama kelamaan timbul radang dan aliran udara terganggu kerana pengeluaran lendir terlalu banyak hingga penderita COPD boleh terkena serangan yang menyebabkan mereka sukar bernafas.

“Lendir ini bukan jenis biasa, tapi dalam istilah perubatan kita panggil ia sebagai plug mukus dan ia sukar untuk dihilangkan. Lebih 90 peratus pesakit COPD di negara ini diakibatkan tabiat merokok selama puluhan tahun.

“Tetapi sejak enam tahun lalu, jumlah bilangan perokok didapati semakin menurun daripada 48 peratus kepada 42 peratus dan ini menunjukkan perkembangan positif kerana semakin ramai mula meninggalkan tabiat itu kerana menyedari risiko terhadap kesihatan,” katanya.

Menurut Dr Abdul Razak, selain sukar menjalani kehidupan seharian, pesakit COPD turut mengalami kemurungan kerana kebimbangan yang tinggi terhadap kebarangkalian berulangnya serangan paru-paru.

Penderita COPD, Shahrom Zainal Abidin, 71, berkata, beliau disahkan menghidap penyakit itu 15 tahun lalu selepas menjalani pemeriksaan akibat sering batuk kronik dan kesukaran bernafas.

Menurutnya, ketika muda beliau seorang yang sangat aktif dan sering membabitkan diri dengan aktiviti sukan dan riadah walaupun kuat menghisap rokok.

“Ketika muda saya ingin kelihatan hebat, jadi saya merokok. Saya tidak sangka perkara seperti ini boleh terjadi kerana dulu saya seorang yang sangat aktif.

“Tetapi kini saya hidup dalam keadaan tertekan dan tidak gembira kerana sukar bergerak. Untuk melakukan perkara paling mudah pun dan setiap kali selepas mandi, saya akan rasa letih,” katanya.

Katanya, ketika masih sihat, beliau bersama arwah isterinya gemar menari kerana ia hobi mereka berdua, tetapi keadaannya kini tidak memungkinkan sebarang aktiviti menggunakan tenaga yang banyak. Menurutnya, dia memang seorang perokok tegar selama puluhan tahun dan menghisap antara 30 hingga 40 batang rokok sehari, namun tidak pernah terfikir akan diserang penyakit seperti COPD.

“Saya bertuah kerana tidak ada penyakit lain tetapi kerana COPD, hidup saya menjadi sukar dan hampir setiap bulan saya akan terkena serangan paru-paru menyebabkan saya trauma sering panik.

“Ketika serangan berlaku, rasa seperti ada selimut menutup paru-paru saya dan untuk tahun ini saja, enam kali saya mengalami serangan paru-paru hingga mengakibatkan saya dimasukkan ke hospital.

“Kehidupan saya memang terjejas teruk dan kalau saya tahu perkara seperti ini akan berlaku, sudah tentu saya tidak akan merokok,” katanya.

Shahrom berkata, beliau sering demam dan batuk teruk sehingga keluar lendir berwarna hijau dan keadaannya yang tidak bermaya kini menyebabkan rakan juga menjadi hairan kerana mereka mengenalinya sebagai seorang yang aktif suatu ketika dulu.

“Penyakit ini memberi kesan kepada keseluruhan badan dan juga hidup saya, apalagi saya hidup dalam kebimbangan kerana boleh mendapat serangan paru-paru pada bila-bila masa,” katanya.


Fakta COPD
  • Dialami perokok tegar yang sudah merokok selama 20 hingga 30 tahun.
  • Penyakit yang perlahan-lahan terbentuk dan mengubah fisiologi paru-paru.
  • Pesakit mengalami batuk kronik dan penghasilan kahak melampau.
  • Masalah kesihatan utama dengan kira-kira 65 juta penghidap di seluruh dunia.
  • Punca kematian kelima paling utama di dunia ketika ini.
  • COPD turut menyebabkan kemurungan kepada pesakit.
  • Paru-paru seolah-olah ditutup dengan kain selimut ketika serangan berlaku.
  • Kelesuan menjadi faktor utama pesakit COPD dimasukkan ke hospital
    dengan risiko kematian yang tinggi.

  • 0leh Faizatul Farlin Farush Khan



    Tuesday, 17 April 2012

    Ingatkanlah akan Kematian 

    Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

    Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


    Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".


    Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


    Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


    Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


    Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.


    Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


    Baginda Rasullullah saw bersabda:


    "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


    Sambung Rasullullah saw lagi:


    "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".


    Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt" Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


    Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:


    "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.


    Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:


    "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


    Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:


    Roh itu menuju ketujuh tempat:-


    1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


    2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


    3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


    4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


    5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


    6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


    7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.


    Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


    1. Orang-orang yang mati syahid.


    2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


    3. Orang berpuasa di hari Arafah.

    Wednesday, 11 April 2012

    Daulat Tuaku



    Merafak sembah, Menjunjung kasih ke atas pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Al-Haj dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

    Sunday, 8 April 2012

    Keutamaan Penyakit   

    Dengan penyakit akan terasa nikmatnya kersihatan dan dengan kesihatan akan dilupa bencana sakit.

    Thursday, 5 April 2012

    The Lawful and the Prohibited in Islam  

    defination
    halal (the lawful) - that which is permitted, with respect to which no restriction exists and the doing of which the Law Giver - Allah has allowed

    haram (the prohibited or unlawful) - that which the Law Giver has absolutely prohibited; anyone who engages in it is liable to incur the punishment of Allah in the Hereafter as well as a legal punishment in this world

    makruh (the detested) - that which is disapproved by the Law Giver but not strongly. the makhruh is less in degree than the haram and the punishment for makruh acts is less than for those are haram except when done to excess and in a manner which leads and individual toward what is haram
    the islamic principles pertaining to Halal and Haram
     1.     the basic asl (fundamental) is the permissibility of things
    2.     to make lawful and prohibit is the right of Allah alone
    3.     prohibiting the halal and permitting the haram is simillar to shrik (commiting
             associating others with Allah).
    4.     the prohibition of things is due to their impurity and harmfulness
    5.     what is halal is sufficient, while what is haram is superfluous
    6.     whatever is conducive to haram is itself haram
    7.     falsely representing the haram as halal is prohibited
    8.     good intentions do not make the haram acceptable
    9.     doubthful things are to be avoided
    10.   the haram is prohibited to everyone alike
          
           Necessity dictates exception the question of what ought to be halal (lawful) and haram (prohibited) was one of the matter concerning which , prior to the advent of Islam, the peoples of the world had gone very far astray and were utterly confused, permitting many inpure and harmful things and prohibiting many things that were good and pure, they erred grievously, going to either far to the right or far to the left.
           When Islam came, the errors, confusions and deviations with respect to the question of halal and haram were very widespred. one of Islam's initial accomplishment, was therefore to establish certain legal principles and measures to rectifiying this important mattere; these principles were make the determining criteria on which the questions of what halal and what is haram were to be base. thus this vital aspect was determined according to the correct perspective and rules related to matters of halal and haram were establish on the basis of principles of justice. the ummah (nation) of Islam thus became an ummah occupying a position between extremist deviation to the right and left, which Allah S.W.T. described as:
           In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful; you are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors. (surah Ali 'Imraan 3:110)
     surah Ali 'Imraan (3:110)
    dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani; (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli kitab (yahudi dan nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka; orang-orang yang fasik.
     surah Al-Baqarah (2:29) 
    dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani; dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu
    surah Al-Jaathiyah (45:13)
    dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani; dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi(sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semua itu menggandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti
    surah Luqman (31:20)
    dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani; tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? dalam pada itu, ada diantara manusia orang-orang yang bantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang pertunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran

    Wednesday, 4 April 2012

    "Janganlah kamu sekali-kali menganggap remeh suatu kenikmatan walaupun sedikit, kerana sesungguhnya sesuatu yang sedikit dari kemulian adalah banyak".

    Tuesday, 3 April 2012

    "Janganlah kamu berkecil hati dalam empat pekara; bepergian bersama-sama teman-temanmu, bejaga bersama-sama kawan-kawanmu, besikap lemah lembut terhadap keluarga dan anak-anakmu dan saat bersukacita bersama orang yang kamu percayai"

    Monday, 2 April 2012

    Mengapa kita benci kebenaran?  

    Kita ini seperti anak-anak kecil, kita benci kebenaran lainnya kita merasakan pahitnya ubat, dan kita tidak memikirkan betapa nikmatnya kesembuhan. Kita menyenangi kebatilan kerana kita hanya merasakan enak luarnya saja tanpa menghiraukan racunnya.

    Thursday, 29 March 2012

    Jangan mudah berputusa asa sekiranya masyarakat disekeliling anda bermacam karenah dan ragamnya kerana apa yang penting sejauh mana kebijaksanaan anda dalam berhikmah menghadapi mereka. 
     Marilah kita dengarkan hadis di bawah :
    “Seorang mukmin yang bercampur bergaul dengan masyarakat dan sabar atas kepedihan dan kepayahan yang ditimbulkan oleh masyarakatnya, adalah lebih besar ganjarannya dari mukmin yang tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak sabar atas kepedihan, kepayahan dan kejahatan masyarakatnya”.
     (oleh Al-Bukhari, Tirmizi dan Ahmad: hadis sahih)

    Monday, 26 March 2012

    Qadha dan Qadar 

    Qadha dan Qadar itu merupakan rahsia tauhid, dan refleksi ilmu serta pengaman sistem alam semesta ini.


    Penyakit 

    Penyakit itu jalan menuju kekekalan bagi mereka yang berhati besar dan jalan kegagalan bagi orang yang berhati kecil.


    Hakikat Senang dan Penyakit 

    Senang dan penyakit itu muncul dari cara pandangan diri seseorang akannya. Maka beberapa banyak kesenangan nampak bagi orang lain sebagai sesuatu penyakit, sebaliknya beberapa banyak penyakit justeru dirasakan sebagai sebuah kesenangan.