Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a.
beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah
seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya
setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut
ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah
selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh
yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia
menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu
supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau
bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah
seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga,
sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia
didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan
ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang
dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga
jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia
didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan
ahli syurga lalu dia memasuki syurga.Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Kefahaman Hadis :- Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu'minun :12-14)
Hikmat
di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada
manusia untuk mencapai tahap kesempurnaan ma'nawi mestilah melalui cara
((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.
- Ditiup Ruh :
Sepakat ulama' menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat
bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan
sepuluh hari, bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).
- Menggugurkan Janin :
Sepakat
ulama' menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai
jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati
selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan
pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.
- Keluasan Ilmu Allah
Maha
mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan
taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam
pengetahuannya. Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al-
Syams: 7-10).
Pengajaran hadis:Kejadian
manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya,
seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah.
Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana
kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya -
manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal
fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini
telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak
14 kurun lampau, tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini
di zaman kemajuan sains. lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT
yang mencipta makhluk ini, Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia
kejadian mereka.
Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan
oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi - rezekinya, ajal
kematiannya, amalannya dan nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang
yang susah atau senang.
Amalan terakhir manusia adalah faktor
penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia
sangat baik si sepanjang hayat - tetapi di saat terakhir dia melakukan
perbuatan ahli neraka, iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan
neraka. Begitulah sebaliknya.